BAB 1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Kajian ini merupakan satu kajian yang mengkaji dialek sesuatu masyarakat. Dialek merupakan bahasa pertuturan seharian dan berbeza-beza mengikut sesuatu tempat atau daerah. Beberapa aspek akan dilihat melalui kajian ini antaranya ialah fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun. Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua).

Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah). Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

Terdapat beberapa aplikasi komputer yang akan digunakan seperti antconc, survey monkey dan soundcloud supaya hasil dapatan kajian tepat. Akhir sekali, dapatan kajian akan dipaparkan dalam youtube dan wordpress sebagai pembuktian dan akan dinilai oleh penilai melalui aplikasi ini.

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti aspek-aspek linguistik yang terdapat semasa sampel kajian bercakap dengan menggunakan dialek Kedah daerah Yan. Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Yan  dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, makna kata dan juga pemilihan kata.

Kajian ini akan menggunakan pelbagai alatan bagi memudahkan lagi pengkaji untuk mendapatkan data. Antaranya ialah perisian AntConc, Survey Monkey dan lain-lain lagi. Perisian AntConc digunakan untuk mengira kekerapan sampel kajian atau responden menuturkan perkataan manakala Survey Monkey pula digunakan untuk mendapatkan butir-butir peribadi sampel kajian.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.    Apakah perbezaan sebutan kata yang terhasil bagi sesuatu perkataan antara dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku?

2.   Apakah perbezaan pembentukan kata antara dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku?

3.   Apakah perbezaan pembentukan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku?

4.   Apakah perbezaan makna dalam dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku?

5.   Apakah perbezaan pemilihan kata mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku?

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.    Mengenal pasti perbezaan sebutan antara dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku.

2.    Mengenal pasti aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku.

3.    Mengenal pasti aspek pembentukan ayat atau tatabahasa dalam dialek Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku.

4.    Mengenal pasti perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku.

5.    Mengenal pasti perbezaan pemilihan kata yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza  antara dialek    Kedah Yan dengan bahasa Melayu baku daripada aspek formal dan tidak formal.

1.5    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Yan yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Yan, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

1.6    KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Kajian ini juga dapat meletakkan dialek Kedah Yan sebagai suatu bahasa yang paling unik berbanding dengan dialek-dialek yang terdapat di negeri lain. Oleh sebab itu, diharapkan kajian ini dapat memberikan hasil yang terbaik dalam merungkai masalah tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s